Assalamualaikum W.B.T.
Happy fasting today to all muslims in the world.
Setiap kali tiba Ramadhan, mesti macam-macam cerita yang boleh buat kita senyum sendiri. Termasuklah aku.
Masa kecik dulu, bulan puasa dah jadi satu kemestian untuk sepupu-sepapat berkumpul sebab asal bulan puasa je, sekolah pun dah mula cuti. Bahagia sungguh jadi anak kelahiran tahun 90-an ni kan?
Bila dah berkumpul, macam-macam aktiviti lah yang dibuat. Mula dari malam hari, ramai-ramai baring dekat tempat tidur masing-masing, tadah tangan, baca niat sahur berjemaah. Siap berlagu lagi tu. Daebak! Kitorang boleh buat sama-sama sebab anak-anak tidur kat ruang tengah. Biasalah rumah kampung, banyak sangat ruangnya. Tapi asing la, kaki lelaki bertemu kaki perempuan, tidur mengadap namanya.

Inilah sepupu-sepapat tapi tak semua ada dalam gambar ni. Tak payah cari aku sebab memang takde. |
Lepas solat Maghrib, main bunga api dulu ramai-ramai dengan dua pupu yang duduk sebelah-sebelah rumah. Habis main, berjemaah lah kami ke masjid dengan nenek. Bila sampai dekat jalan kecik, tak boleh jalan beriring, kena jalan beratur. Bak kata nenek, dah macam orang nak pi umrah. Mana taknya, yang perempuan dah pakai telekung sesiap. Yang lelaki dengan kopiah putih masing-masing. Duduk kat kampung reramai, tak boleh bawak balik songkok sebab takut tak sempat tunggu raya songkok dah hilang. Makanya semua pakai kopiah je la. Lepas terawih paling syok, masa tu lah nak 'bakar kampung'. Haha.
Kitorang ada kisah lawak masa main mercun. Macam biasalah main mercun ramai-ramai dekat tanah lapang depan rumah. Bukan ahli keluarga kitorang je, sepanjang-panjang jalan tu penuh dengan budak-budak kecik yang dari mana-mana rumah entah. Nak dijadikan cerita, masa nak bakar mercun roket, kitorang tak boleh nak pacakkan lidi tu sebab tanah kat situ keras. Lepastu abang sedara jumpa botol mineral, memang rezeki lah kan.
Sementara nak tunggu roket tu berlepas, masa tu jugak botol mineral tu jatuh. Nak angkat, memang semua tak berani dah sebab anytime mercun tu akan meletup. Semua dah cuak, berkumpul setempat dan kosongkan bahagian yang roket tu nak pergi. Roket tu tetap berlepas tapi masuk rumah orang dan meletup kat zinc rumah makcik mana entah. Kira rumah makcik tu jauh sikit dari tanah kitorang. Tiba-tiba anak dia menjerit dari rumah "Wooooiiiiii.!!!!". Kitorang pun menggelupur masuk rumah. Tapi kitorang genius sikit, mana yang umur bawah 7 tahun tu kitorang suruh main bunga api macam biasa. Kalau ada orang tanya, cakap tak tahu. Dan apa yang kitorang imagine tu memang betul-betul jadi pun. Anak tuan rumah tu datang naik motor kot. Nasib baik dah pesan sesiap kat adik-adik sedara yang kecik. Hahaha. Misi berjaya! Tapi lepas daripada tu, mercun roket letak tepi. Tak memasal ada yang rumah terbakar dalam kampung tu nanti.

Itu kisah masa kecik. Waktu ni, semua benda nak seronok je. Mana yang ada depan mata, semua main redah je. Nak-nak aku yang tak reti duduk diam ni. Puasa-puasa pun aktif tapi senakal-nakal aku, tak pernah lagi aku mintak dekat ibu ayah untuk bukak puasa. Kalau dah tak tahan, berbuka senyap-senyap je dalam bilik dengan sepupu-sepupu kesayangan. Haha. Ok, kisah hakak ni memang tak boleh dijadikan contoh langsung ye adik-adik. Jangan diikut pulak nanti. Sekadar berkongsi pengalaman. Selamat berpuasa!
Ini sepupu kesayangan. Alkisahnya sorang dah kahwin, sorang lagi dah bertunang. |
No comments:
Post a Comment