Andai Jodoh Itu Ada
Biarkan aku pergi
Melangkah sejauh yang aku mahu
Berlari selaju yang aku mampu
Kerana kau tahu akhirnya
Aku akan kembali.
Andai Jodoh Itu Ada
Tak mengapa kau ditinggalkan
Biar nampak kejam di mata
Biar seksa menjalar di jiwa
Tahan saja segala rasa
Jika mahu Jannah Yang Esa.
Andai Jodoh Itu Ada
Jangan dituruti rasa cemburu
Biar kita berhaluan kendiri
Masing-masing punya cerita, bukan?
Mengapa pula kau mahu jadi pengarahnya?
Andai Jodoh Itu Ada
Usah dilayan yang lain seperti aku
Jaga sendiri batas pergaulanmu
Memang jodoh itu ada
Tapi
Siapa pula mahu berjodohkan buaya?
Andai Jodoh Itu Ada
Pegang pada yang satu
Jangan tamak pada yang berlalu
Usah janji yang merapu
Buktikan saja dengan akad penyatu.
Andai Jodohmu Bertamu
Sujudlah pada Yang Maha Kuasa
Moga dilimpahkan rasa kasih sentiasa
Agar dilindung baitulmuslim tak kira masa
Selagi rukun dipegang sunat dijaga.
No comments:
Post a Comment