Assalamualaikum W.B.T.
Happy Ramadhan to all muslims in the world!
Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan 1435H.
Bulan puasa, bulan yang penuh dengan barakah. Masa kecik-kecik dulu rasa seronok dengan bulan puasa sebab ada bazaar Ramadhan walaupun aku bukan jenis pergi bazaar dan makan luar. Seronok sebab dapat main bunga api dan mercun walaupun aku tak suka join sebab tak ada geng sebaya. Nak main dengan adik-adik lelaki, lepas Maghrib je dorang dah cabut cari member masing-masing. Nak join dengan adik-adik perempuan, macam kanak-kanak ribena lah pulak kena main bunga api. Jadi, duduk dalam rumah je lah layan apa yang ada.
Bulan puasa 1434H yang lepas ialah Ramadhan yang sangat bermakna buat aku. Tahun lepas jugak aku mulakan langkah untuk kehidupan baru. Rutin harian aku tetap sama setiap kali masuk bulan puasa, siapkan tempahan kuih raya. Kitorang ambil tempahan kuih raya tapi untuk kenalan terdekat je lah sebab tak guna mesin cetak, semua guna tenaga sendiri. Aku co-chef je dalam rumah ni. Tapi aku suka sebab aku memang suka sibukkan diri dengan apa-apa kerja. Kalau tak ada kerja, aku akan rasa bosan gila.
Hari-hari duduk dengan tepung, gula, buttercup semua. Letih tapi berbaloi. Kerja dengan ibu, apalah sangat kita nak tuntut gaji sedangkan duduk rumah sendiri, makan minum free. Tapi ibu tetap bagi aku gaji, RM400 untuk sebulan. Ok lah tu. Sebelum dapat gaji, teringin sangat nak beli Blackberry sebab tak payah pakai broadband lagi. Sebelum ni memang aku tak suka gadget, tapi bila kengkawan cerita BB ni best sebab boleh guna data dengan RM20 sebulan, aku jadi obses. Haha. Masa tu aku memang tengah meroyan dengan twitter. Yelah, baru buat account. Seronoklah sembang dengan member tapi dah lama-lama rasa buang masa lah pulak.
Bila dah dapat duit kat tangan, lain pulak ceritanya. Sayang kot nak buang duit untuk benda macam tu. Sebelum ni pun aku pernah kerja dan dapat gaji lebih 1.5k tapi aku tak pernah terfikir nak beli gadget. Lagipun aku memang tak minat pun. Orang sibuk dok tanya kenapa tak nak tukar phone, masih lagi pakai phone yang setakat boleh mesej dan call je. Cukuplah tu. Tu pun seminggu sekali je phone tu berbunyi taw. Haha. Ok, nak dipendekkan cerita, RM400 yang aku dapat tu aku gunakan untuk beli tudung.
Ye, aku mulakan langkah dengan mendahulukan aurat. Aku pergi Jalan TAR dan borong dekat RM200 jugaklah untuk tudung. Mahal jugak rupanya tudung bidang 60' ni. Sehelai RM27 dan untuk orang yang suka main dengan variasi warna ni, macam-macam warnalah yang aku beli. Lepastu beli handsocks pulak, handsocks pun pelbagai warna jugak. Hehe. Lepas handsock, balance tu aku guna beli t-shirt muslimah. Dia punya rasa berbaloi tu, sampai ke hari ni lah terasanya.
Harini, aku cuba untuk improve diri dari hari ke hari. Untuk Ramadhan kali ni, aku siap buat checklist dan aku akan pastikan misi aku akan berjaya. Checklist bacaan Quran, solat dhuha, solat tahajjud, solat sunat sebelum subuh, solat terawih. Dan aku harap semuanya akan berjalan lancar walaupun dah mula praktikal nanti. In shaa Allah. Have a nice day semua! Semoga puasa kita menjadi satu permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Aamiin!
lepas baca..baru perasan ada gambar kia kat tepi tu..thank a lot !!!
ReplyDeletekia mana Mija oi? haha. Gambar tu mana boleh tinggal. Bermakna kot.
Delete