Tuesday, 8 July 2014

ANDAI JODOH ITU ADA

Andai Jodoh Itu Ada
Biarkan aku pergi
Melangkah sejauh yang aku mahu
Berlari selaju yang aku mampu
Kerana kau tahu akhirnya
Aku akan kembali.

Andai Jodoh Itu Ada

Tak mengapa kau ditinggalkan
Biar nampak kejam di mata
Biar seksa menjalar di jiwa
Tahan saja segala rasa
Jika mahu Jannah Yang Esa.

Andai Jodoh Itu Ada

Jangan dituruti rasa cemburu
Biar kita berhaluan kendiri
Masing-masing punya cerita, bukan?
Mengapa pula kau mahu jadi pengarahnya?

Andai Jodoh Itu Ada

Usah dilayan yang lain seperti aku
Jaga sendiri batas pergaulanmu
Memang jodoh itu ada
Tapi
Siapa pula mahu berjodohkan buaya?

Andai Jodoh Itu Ada

Pegang pada yang satu
Jangan tamak pada yang berlalu
Usah janji yang merapu
Buktikan saja dengan akad penyatu.

Andai Jodohmu Bertamu

Sujudlah pada Yang Maha Kuasa
Moga dilimpahkan rasa kasih sentiasa
Agar dilindung baitulmuslim tak kira masa
Selagi rukun dipegang sunat dijaga.

Saturday, 5 July 2014

Bekerjalah untuk duniamu..

Assalamualaikum W.B.T.

Harini aku nak share something tentang 'Ketuanan Melayu'. Ok, ini bukan racist, ini nak cerita tentang kenapa gaya hidup kita macam ini.. Tak paham kan? Sebenarnya aku pun tak ada tajuk spesifik untuk entry ni. Ok, kita layankan kisah ni.

Staff : Abang, kenapa negara lain bayar gaji pekerja mahal-mahal tapi Malaysia tak macam tu?
Ayah: Kau kena faham konsep Ketuanan Melayu.
Staff: Maksudnya?
Ayah: Kat Malaysia, kita dibayar gaji rendah sebab kita diminta untuk merayu. Merayu macam mana? Bukan merayu melutut macam tu, tapi dengan psikologi. 
"Kau nak gaji banyak? Ok, kau ambik OT"
Staff: Kenapa pulak macam tu?
Ayah: Sebab kalau dia tak buat macam tu, kau nak kerja lebih? Contoh basic kau dia bagi 10k, kau nak kerja lebih? Nak overtime lagi? Tak kan? Sebab 10k tu dah cukup untuk kau hidup. 
Staff: Macam tu pulak?
Ayah: Yelah. Let say kalau diorang tak buat sistem macam tu, kalau kau jumpa bos kau kat mana-mana, ada kau nak hormat dia? Senyum, sapa, salam dia? Tak kan. Jadi, itulah ketuanan Melayu.


Itu antara kisah ayah dengan budak-budak jagaan dia. Ada yang aku tokok tambah bahasa sebab nak bagi sedap. Haha. Tapi macam biasa je kan? Ok, lupakan bahasa. Kita fokuskan content dia.

Betul jugak apa yang ayah aku cakap tu. Kalau diorang tak buat sistem macam tu, kita akan hilang rasa hormat pada orang atasan. Tapi aku tau ramai tak setuju dengan sistem ni. Aku pun tak setuju sebab kita kena berusaha keras untuk hidup walhal bukan nak hidup mewah pun, nak hidup bersederhana pun kita kena berusaha sekuat mungkin. Tak kisahlah sistem apa sekalipun yang kita guna, masing-masing punya baik dan buruk sendiri.


Bila tengok orang bekerja siang dan malam ni, aku rasa simpati sebab aku pernah rasa penat lelah tu walaupun setengah tahun. Sampai harini, bila orang tanya apa aku nak buat lepas grad ni, aku masih tak punya jawapan yang tetap. Jauh di sudut hati, aku nak sambung belajar lagi, lagi dan lagi. Aku takut untuk berhadapan dengan dunia luar, aku takut untuk merasa apa yang orang-orang tua kita rasa. Tapi aku tahu, semua tu aku perlu harungi jugak. Even aku sambung master pun nanti, aku tetap kena kerja jugak. Ok, aku memang tak ada impian nak sambung sampai PhD, so jangan tanya lebih-lebih. 

Apa pun yang jadi, hidup mesti diteruskan. Tak kisah lah sistem apa pun yang kita guna, kalau tak suka, kita protes. Yalah! Kita ada hak atas kehidupan kita sendiri. Bukan kita mintak harta berkoyan pun kerana harta ini bukan yang hakiki, bukan milik kita, itu semua pinjaman semata-mata. Keikhlasan itu penting untuk saham kita di akhirat nanti. Jadi, cukuplah sekadar bersederhana. Yang paling penting, panjatkan rasa kesyukuran setiap hari kepada-NYA. Pada DIA yang satu.

Cukuplah tu aku merapu. Sekadar meluah apa yang dirasa. Happy Fasting guys!


Wednesday, 2 July 2014

CERITA RAMADHAN AKU DAN MEREKA: KAMI ANAK 90-AN

Assalamualaikum W.B.T.

Happy fasting today to all muslims in the world.

Setiap kali tiba Ramadhan, mesti macam-macam cerita yang boleh buat kita senyum sendiri. Termasuklah aku.

Masa kecik dulu, bulan puasa dah jadi satu kemestian untuk sepupu-sepapat berkumpul sebab asal bulan puasa je, sekolah pun dah mula cuti. Bahagia sungguh jadi anak kelahiran tahun 90-an ni kan? 

Bila dah berkumpul, macam-macam aktiviti lah yang dibuat. Mula dari malam hari, ramai-ramai baring dekat tempat tidur masing-masing, tadah tangan, baca niat sahur berjemaah. Siap berlagu lagi tu. Daebak! Kitorang boleh buat sama-sama sebab anak-anak tidur kat ruang tengah. Biasalah rumah kampung, banyak sangat ruangnya. Tapi asing la, kaki lelaki bertemu kaki perempuan, tidur mengadap namanya.

Inilah sepupu-sepapat tapi tak semua ada dalam gambar ni. Tak payah cari aku sebab memang takde.

Puasa tu puasa jugak, tapi aktiviti harian on macam biasa. Main rounders, baling selipar, kayuh basikal keliling kampung tetap ada. Bila petang, tunggu waktu berbuka depan tv. Masa tu kecik lagi, memang tak masuk dapur la kan. Lagipun adik-beradik ibu ramai, so makcik-makcik je lah kat dapur tu. Waktu berbuka, masing-masing duduk dalam kelompok keluarga sendiri. Ok, memang seronok. Tapi lagi seronok bila hujung-hujung Ramadhan. Masa tu semua dah mula sibuk dengan persiapan raya, so kanak-kanak ribena kena makan dalam dulang, senang nak basuh katanya. Haha. Padahal tu lagi seronok.

Lepas solat Maghrib, main bunga api dulu ramai-ramai dengan dua pupu yang duduk sebelah-sebelah rumah. Habis main, berjemaah lah kami ke masjid dengan nenek. Bila sampai dekat jalan kecik, tak boleh jalan beriring, kena jalan beratur. Bak kata nenek, dah macam orang nak pi umrah. Mana taknya, yang perempuan dah pakai telekung sesiap. Yang lelaki dengan kopiah putih masing-masing. Duduk kat kampung reramai, tak boleh bawak balik songkok sebab takut tak sempat tunggu raya songkok dah hilang. Makanya semua pakai kopiah je la. Lepas terawih paling syok, masa tu lah nak 'bakar kampung'. Haha.

Kitorang ada kisah lawak masa main mercun. Macam biasalah main mercun ramai-ramai dekat tanah lapang depan rumah. Bukan ahli keluarga kitorang je, sepanjang-panjang jalan tu penuh dengan budak-budak kecik yang dari mana-mana rumah entah. Nak dijadikan cerita, masa nak bakar mercun roket, kitorang tak boleh nak pacakkan lidi tu sebab tanah kat situ keras. Lepastu abang sedara jumpa botol mineral, memang rezeki lah kan. 

Sementara nak tunggu roket tu berlepas, masa tu jugak botol mineral tu jatuh. Nak angkat, memang semua tak berani dah sebab anytime mercun tu akan meletup. Semua dah cuak, berkumpul setempat dan kosongkan bahagian yang roket tu nak pergi. Roket tu tetap berlepas tapi masuk rumah orang dan meletup kat zinc rumah makcik mana entah. Kira rumah makcik tu jauh sikit dari tanah kitorang. Tiba-tiba anak dia menjerit dari rumah "Wooooiiiiii.!!!!". Kitorang pun menggelupur masuk rumah. Tapi kitorang genius sikit, mana yang umur bawah 7 tahun tu kitorang suruh main bunga api macam biasa. Kalau ada orang tanya, cakap tak tahu. Dan apa yang kitorang imagine tu memang betul-betul jadi pun. Anak tuan rumah tu datang naik motor kot. Nasib baik dah pesan sesiap kat adik-adik sedara yang kecik. Hahaha. Misi berjaya! Tapi lepas daripada tu, mercun roket letak tepi. Tak memasal ada yang rumah terbakar dalam kampung tu nanti.

Itu kisah masa kecik. Waktu ni, semua benda nak seronok je. Mana yang ada depan mata, semua main redah je. Nak-nak aku yang tak reti duduk diam ni. Puasa-puasa pun aktif tapi senakal-nakal aku, tak pernah lagi aku mintak dekat ibu ayah untuk bukak puasa. Kalau dah tak tahan, berbuka senyap-senyap  je dalam bilik dengan sepupu-sepupu kesayangan. Haha. Ok, kisah hakak ni memang tak boleh dijadikan contoh langsung ye adik-adik. Jangan diikut pulak nanti. Sekadar berkongsi pengalaman. Selamat berpuasa!

Ini sepupu kesayangan. Alkisahnya sorang dah kahwin, sorang lagi dah bertunang.

Tuesday, 1 July 2014

Salam Ramadhan: Azam Puasa 1435H.

Assalamualaikum W.B.T.


Happy Ramadhan to all muslims in the world!
Alhamdulillah, kita masih diberi ruang dan peluang untuk berjumpa lagi dengan Ramadhan 1435H.

Bulan puasa, bulan yang penuh dengan barakah. Masa kecik-kecik dulu rasa seronok dengan bulan puasa sebab ada bazaar Ramadhan walaupun aku bukan jenis pergi bazaar dan makan luar. Seronok sebab dapat main bunga api dan mercun walaupun aku tak suka join sebab tak ada geng sebaya. Nak main dengan adik-adik lelaki, lepas Maghrib je dorang dah cabut cari member masing-masing. Nak join dengan adik-adik perempuan, macam kanak-kanak ribena lah pulak kena main bunga api. Jadi, duduk dalam rumah je lah layan apa yang ada.

Bulan puasa 1434H yang lepas ialah Ramadhan yang sangat bermakna buat aku. Tahun lepas jugak aku mulakan langkah untuk kehidupan baru. Rutin harian aku tetap sama setiap kali masuk bulan puasa, siapkan tempahan kuih raya. Kitorang ambil tempahan kuih raya tapi untuk kenalan terdekat je lah sebab tak guna mesin cetak, semua guna tenaga sendiri. Aku co-chef je dalam rumah ni. Tapi aku suka sebab aku memang suka sibukkan diri dengan apa-apa kerja. Kalau tak ada kerja, aku akan rasa bosan gila. 

Hari-hari duduk dengan tepung, gula, buttercup semua. Letih tapi berbaloi. Kerja dengan ibu, apalah sangat kita nak tuntut gaji sedangkan duduk rumah sendiri, makan minum free. Tapi ibu tetap bagi aku gaji, RM400 untuk sebulan. Ok lah tu. Sebelum dapat gaji, teringin sangat nak beli Blackberry sebab tak payah pakai broadband lagi. Sebelum ni memang aku tak suka gadget, tapi bila kengkawan cerita BB ni best sebab boleh guna data dengan RM20 sebulan, aku jadi obses. Haha. Masa tu aku memang tengah meroyan dengan twitter. Yelah, baru buat account. Seronoklah sembang dengan member tapi dah lama-lama rasa buang masa lah pulak. 

Bila dah dapat duit kat tangan, lain pulak ceritanya. Sayang kot nak buang duit untuk benda macam tu. Sebelum ni pun aku pernah kerja dan dapat gaji lebih 1.5k tapi aku tak pernah terfikir nak beli gadget. Lagipun aku memang tak minat pun. Orang sibuk dok tanya kenapa tak nak tukar phone, masih lagi pakai phone yang setakat boleh mesej dan call je. Cukuplah tu. Tu pun seminggu sekali je phone tu berbunyi taw. Haha. Ok, nak dipendekkan cerita, RM400 yang aku dapat tu aku gunakan untuk beli tudung. 

Ye, aku mulakan langkah dengan mendahulukan aurat. Aku pergi Jalan TAR dan borong dekat RM200 jugaklah untuk tudung. Mahal jugak rupanya tudung bidang 60' ni. Sehelai RM27 dan untuk orang yang suka main dengan variasi warna ni, macam-macam warnalah yang aku beli. Lepastu beli handsocks pulak, handsocks pun pelbagai warna jugak. Hehe. Lepas handsock, balance tu aku guna beli t-shirt muslimah. Dia punya rasa berbaloi tu, sampai ke hari ni lah terasanya.

Harini, aku cuba untuk improve diri dari hari ke hari. Untuk Ramadhan kali ni, aku siap buat checklist dan aku akan pastikan misi aku akan berjaya. Checklist bacaan Quran, solat dhuha, solat tahajjud, solat sunat sebelum subuh, solat terawih. Dan aku harap semuanya akan berjalan lancar walaupun dah mula praktikal nanti. In shaa Allah. Have a nice day semua! Semoga puasa kita menjadi satu permulaan untuk sesuatu yang lebih baik. Aamiin!