“Eh, Acik tak
balik dengan Damia ke?” Kaku terus kaki di muka pintu. Belum sempat bagi salam,
dah kena tanya soalan berkaitan dengan Nurin Damia. Mana pulak perginya dia ni? Dah
malam kot.
“Damia tak
balik lagi ke Umi? Acik ni dari tempat kerja, tak ada pulak dia suruh jemput.”
Memang Nurin Damia tak pernah telefon untuk minta dijemput dari stesen ERL. Biasanya
dia akan balik naik bas sampai ke perumahan mereka.
Melihat air
muka kerisauan Puan Haliza, terus dikeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
“Tak payah telefon. Dah banyak kali umi call tadi, tak dapat pun.” Syukri mula
tak sedap hati. Tak pernah pulak Damia buat perangai macam ni. Biasanya, dia
akan call kalau nak kemana-mana. Takkan larikan diri dari aku kot.
“Umi tunggu
kat rumah, kalau dia balik, umi terus call achik. Achik pergi cari dia kat ERL
dulu.” Beg kerja yang dibimbit sejak tadi diletakkan di atas sofa. Laju dia
berlari keluar. Kalau hilang anak orang, apa dia nak jawab pada ibu dengan
ayah. Mau ayah parangnya dia keliling rumah.
“Achik dah solat
ke belum? Pergi solat dulu. Nanti kita cari sama-sama.” Abah yang baru turun
pula menegur.
“Dah solat
dah,” Namun suara itu kedengaran sayup, Syukri dah berada di hadapan
pintu keretanya. Puan Haliza hanya memandang anaknya itu di depan pintu. Harap-haraplah
Syukri akan balik bersama menantunya nanti.
Kereta yang
berhenti betul-betul di hadapan rumahnya itu mencuri tumpuan mereka.
“Achik, tu pun Damia..” Puan Haliza melepaskan rasa lega yang bertandang dari petang tadi.
Syukri yang berada di pintu kereta memandang Damia yang sedang menuju ke
arahnya dengan pelik.
“Awak, boleh
pinjam duit tak? RM 8. Nak bayar duit teksi.” Macam nak menangis aje muka Damia ni. Sungguh, belum pernah lagi dilihat Nurin Damia dalam keadaan seperti
ini.
Tanpa sepatah
kata, dompet dari kocek seluar dikeluarkan, kemudian dihulur pula not RM 10.
Dalam hatinya sarat dengan soalan namun dia tahu, ini bukan masa yang sesuai. Damia nampak sangat lemah.
“Ni bakinya.
Terima kasih.” Persoalan yang ingin dia tahu membuatkan dia mengelamun.
Sedar-sedar je, teksi tadi dah pun berlalu, Damia pun dah kembali berdiri di
hadapannya. Sambil mengumpul kekuatan, Nurin melangkah ke arah Puan Haliza.
Baru selangkah
dia pergi, “Awak ke mana tadi? Kenapa tak call rumah? Macam mana boleh berkaki ayam macam ni? Awak....” Belum sempat
dia menghabiskan ayat, Nurin Damia sudah rebah.
“Ya Allah, Miaaa...” Berlari Puan Haliza mendapatkan Nurin.
Syukri masih tegak
berdiri kerana terkejut dengan apa yang berlaku. Apabila tersedar akan keadaan yang sebenar, terus dia meluru ke arah Nurin dan mencempung isterinya.
“Bukakkan
pintu kereta ni, umi.” Tanpa teragak-agak, terus saja Puan Haliza menurut kemudian Syukri meletakkan Damia di tempat duduk belakang. Dia yakin ada perkara buruk telah terjadi . Kalau tak, takkan lah dahi Nurin luka dan sebab itu juga dia terus nak bawa Damia ke klinik. Nak
tunggu Damia yang buka mulut dan bercerita kepadanya dengan rasa senang hati,
memang mustahil.
“Macam mana
dengan isteri saya doktor?” Dipandangnya Doktor Aminah macam nak telan.
“Apa sebenarnya yang terjadi, Puan?” Tanpa menghiraukan soalan si suami, terus Doktor Aminah tanya pada pesakit yang seorang ini. Hanya tuan empunya badan saja yang boleh menceritakan apa yang terjadi kepadanya.
Melihatkan Damia melepaskan keluhan yang berat, Syukri mencapai tangan Damia kemudian menggenggamnya kuat. Maafkan saya, Damia. Kalaulah saya selalu ada dengan awak.
Melihatkan Damia melepaskan keluhan yang berat, Syukri mencapai tangan Damia kemudian menggenggamnya kuat. Maafkan saya, Damia. Kalaulah saya selalu ada dengan awak.
Damia hanya
membiarkan perlakuan Syukri. Sedikit sebanyak dia rasa ada kekuatan baru yang mengalir. Trauma kejadian lagi masih bermaharajalela di fikirannya. Syukri, sebenarnya kehadiran awak
sama sekali tidak mengubah apa-apa. Cuma, hati saya rasa lebih tenang.
“Beg saya kena
ragut dekat stesen ERL tadi. Saya pun tariklah balik beg tu tapi peragut tu
rentap kuat sangat. Lepastu saya terjatuh dan nasib baik tak kena
langgar dengan motor lain.” Gayanya macam kanak-kanak yang sedang mengadu
coklatnya dicuri oleh kawan-kawan je. Muka macam nak menangis, suara pun tenggelam timbul.
Sebenarnya tak ada lah sadis mana kena ragut tu sebab duit yang ada pun tak banyak. Tapi bila mengenangkan dokumen-dokumen penting yang ada dalam beg itu, dia mengeluh lagi. Ingat senang ke nak renew balik semua benda tu? Nak renew kad buku Popular tu pun kena pergi kedai dia semula tau. Inikan pula nak renew kad pengenalan yang kena buat laporan polis bagai.
Sebenarnya tak ada lah sadis mana kena ragut tu sebab duit yang ada pun tak banyak. Tapi bila mengenangkan dokumen-dokumen penting yang ada dalam beg itu, dia mengeluh lagi. Ingat senang ke nak renew balik semua benda tu? Nak renew kad buku Popular tu pun kena pergi kedai dia semula tau. Inikan pula nak renew kad pengenalan yang kena buat laporan polis bagai.
“Kenapa
pertahankan beg tangan tu? Kalau dia tendang atau tolak awak awak tadi, dah melayang awak tau.” Si suami tiba-tiba naik angin pula. Bukan niatnya nak marahkan Nurin, amarah itu sebenarnya hendak ditujukan kepada
peragut yang entah siapa-siapa tu. Nampaknya, Nurin pula yang jadi sasaran.
“Sabar Encik
Syukri. Bila kita berada dalam keadaan yang tak terduga macam ni, akal logik kita pun di luar kawalan. Mungkin Puan Nurin terkejut masa tu.” Doktor Aminah cuba
menenangkan keadaan. Syukri meraup muka. Yang aku pun mengamuk tak memasal mi kenapa? Buat malu je.
“Saya akan
bagi puan MC 2 hari dan Puan Nurin mesti berehat secukupnya. Encik tolong pantau
kesihatan puan sebab saya rasa dia dalam keadaan trauma lagi. Luka-luka semua nurse dah cuci, jadi encik cuma perlu sapukan
ubat sahaja.” Syukri mengangguk akur dengan pesanan si doktor yang sedang
mencatit buku rekod kesihatan itu.
“Puan Nurin,
kalau ada rasa tak sedap badan atau sakit di mana-mana bahagian, beritahu saya
ye. Banyakkan berehat dan jangan banyak berfikir.” Senyuman manis doktor itu
sedikit sebanyak menyedapkan hati Nurin Damia. Tak macam orang sebelah ni!
Usai membayar
harga rawatan dan mengambil ubat di kaunter, Syukri kembali kepada Damia yang
sudah siap sedia untuk keluar dari klinik tersebut. Tanpa sedar, tangannya
dicapai untuk dipimpin. Damia berpaling kepada wajah orang
sebelah yang kelihatan cukup selamba. Syukri cukup pandai menyembunyikan rasa.
Malas hendak memberontak di tempat awam macam ni, lebih-lebih lagi dia sendiri
tak ada kekuatan.
“Saya mintak
maaf pasal tadi. Saya tak patut marahkan awak. Sebenarnya saya marahkan peragut
tu, tapi terlepas pada awak pula.” Jujur dia meminta maaf. Damia menarik
senyum. Faham!
“Tak apa. Saya
pun salah jugak, bertindak tanpa berfikir.” Iye, betul kata Doktor Aminah. Bila
kita tengok aksi mangsa ragut dalam tv, mesti banyak yang kita komen kerana
tindakan bodoh yang dilakukan. Tapi bila jadi kat diri sendiri, hilang semua logik
akal.
“Awak dah
makan? Kita makan dulu ye? Balik nanti boleh terus rehat.” Damia senyum lagi
sebagai tanda setuju. Dia tahu, yang lapar tu bukan dia, tapi Syukri. Ni kalau
tak tukar baju kemeja lagi ni, mesti baru balik kerja. Bila baru balik kerja,
mesti belum makan lagi. Haish, kau ni Mia! Sakit-sakit masih nak scan si Syukri ni.
“Damia, makan
ubat ni dulu sebelum tidur ye..” Lembut dia menegur Damia yang baru lepas mengaminkan doa. Nampak segar sikit isterinya tu daripada tadi. Bukan main nyenyak Damia tidur dalam kereta tadi. Bila sampai rumah, dia sambung pulak landing atas sofa di ruang tamu sampai pukul 12 tengah malam. Nak ajak solat berjemaah pun tak sampai hati.
Beg plastik klinik di letak atas meja kopi bersama air suam. Mana nak cari suami mithali macam ni?
Beg plastik klinik di letak atas meja kopi bersama air suam. Mana nak cari suami mithali macam ni?
“Lain kali,
saya akan hantar dan jemput awak dekat stesen ERL. Sebelum saya sampai, awak tunggu je saya dekat dengan kaunter tiket tu.” Jangankan hantar di ERL, kalau diminta hantar sampai ke KLCC pun dia
sanggup. Asalkan Nurin Damia selamat.
Kenapa tiba-tiba dia berubah drastik macam tu? Rasa macam nak
peluk-peluk pula buat teman tidur.
“Tak apa lah,
nanti saya suruh Amirul hantarkan kereta saya. Kesian pulak dekat awak kena
keluar awal nanti.” Damia cuba mengelak. Seboleh-bolehnya dia tak nak susahkan
Syukri. Bukan dia tak tahu Syukri banyak kerja di pejabat. Tak macam dia, makan
gaji lah katakan.
Walaupun waktu kerja dia bermula pukul 9, tapi dia kena keluar rumah pukul 7 pagi. Kalau sampai pejabat pukul 8 pagi, bolehlah dia balik pukul 5 petang. Waktu itu tak payah susah-susah berebut naik train. Tapi kalau balik lambat, boleh migrain dibuatnya. Walaupun waktu kerja mereka sama, tapi disebabkan jarak tempat kerja Syukri yang dekat dengan rumah, diia akan keluar dari rumah pukul 8.30 pagi.
Walaupun waktu kerja dia bermula pukul 9, tapi dia kena keluar rumah pukul 7 pagi. Kalau sampai pejabat pukul 8 pagi, bolehlah dia balik pukul 5 petang. Waktu itu tak payah susah-susah berebut naik train. Tapi kalau balik lambat, boleh migrain dibuatnya. Walaupun waktu kerja mereka sama, tapi disebabkan jarak tempat kerja Syukri yang dekat dengan rumah, diia akan keluar dari rumah pukul 8.30 pagi.
“Janganlah
degil. Kalau saya hantar awak awal, saya pun boleh balik awal dan tunggu awak kat stesen. Tak
payahlah suruh Amirul pulangkan, biar je dia guna. Kereta Mazda saya kat bawah
tu pun awak tak pernah sentuh.” Damia buat tak tahu dengan kata-kata Syukri
itu.
Kenapalah
Damia ni keras hati sangat. Padahal dah berkali dia beri izin. Bukan apa, kerja
dia pun senang juga nanti, tak payah nak susah-susah panaskan enjin tu lagi.
“Dah, tak
payah nak buat tak tahu pulak. Makan ubat cepat, lepastu boleh tidur.” Perlahan-lahan Nurin
mendekati meja kopi dan labuhkan punggung di atas katil. Jauh sikit
kedudukannya dengan ubat memandangkan ubat tu bersebelahan dengan Syukri. Belum
sempat dia capai, Syukri dah ambil dulu kemudian dia merapatkan diri ke arah Damia
“Sakit lagi ke
ni? Macam tak bermaya je.” Hanya gelengan kepala saja diberi sebagai jawapan.
Memang macam orang tak bermaya, dia cuma tunggu satu per satu ubat yang disua
oleh Syukri untuk ditelan. Air pun Syukri yang pegang. Bukan dia tak larat pun
tapi orang sebelah tu terlebih rajin lah pulak.
Selepas habis
ubat-ubatan yang perlu dimakan, Damia duduk sekejap. Termenung, teringatkan
peristiwa tadi. Kalaulah pemilik motor Lagenda tadi tak berhenti, mesti dah
berkecai kepala dia di stesen itu. Alluhakbar! Besar sungguh kuasa-Mu. Terima
kasih Allah.
“Damia, buat
apa lagi tu? Kan doktor dah cakap jangan banyak berfikir. Jom tidur.” Diraihnya bahu Damia perlahan-lahan. Entah
kenapa, baru hari ini dia tunjuk apa yang dia rasa selama ini. Nurin
juga tak banyak bunyi, diikutkan sahaja apa yang dipinta.
Jauh di sudut
hati, Syukri memanjatkan rasa syukur kerana Allah masih meminjamkan Damia padanya. Macam mana kalau Damia pergi sebelum dia tahu apa yang aku rasa? Ya Allah,
ampunilah dosa-dosaku selama ini.
Damia ditarik
ke dalam pelukannya. Dapat dirasa kelajuan jantung si isteri itu.
“Damia, saya minta maaf kalau selama ini saya tak pedulikan awak, tak jaga hati awak. Bukan senang saya nak berlakon macam tu sedangkan setiap minit saya nak sangat tahu awak ada dekat mana, tengah buat apa. Sengaja saya buat macam tak ambil tahu sebab saya takut awak buang saya macam dulu. Saya sayangkan awak, Nurin Damia. Saya tak nak awak sakit atau disakiti. Saya tahu saya tak layak dengan awak, tapi untuk kali ini, bagilah saya peluang untuk bertanggungjawab pada awak. Kalau awak tak mahu terima saya sebagai suami pun tak apa, saya dah tak peduli dah kena reject ke apa, yang saya tahu, saya cuma nak jaga awak.” Lega! Puas dia mencari kekuatan untuk mengaku apa yang dirasa.
“Damia, saya minta maaf kalau selama ini saya tak pedulikan awak, tak jaga hati awak. Bukan senang saya nak berlakon macam tu sedangkan setiap minit saya nak sangat tahu awak ada dekat mana, tengah buat apa. Sengaja saya buat macam tak ambil tahu sebab saya takut awak buang saya macam dulu. Saya sayangkan awak, Nurin Damia. Saya tak nak awak sakit atau disakiti. Saya tahu saya tak layak dengan awak, tapi untuk kali ini, bagilah saya peluang untuk bertanggungjawab pada awak. Kalau awak tak mahu terima saya sebagai suami pun tak apa, saya dah tak peduli dah kena reject ke apa, yang saya tahu, saya cuma nak jaga awak.” Lega! Puas dia mencari kekuatan untuk mengaku apa yang dirasa.
Sedaya upaya
dia menahan supaya tidak menangis. Biarlah hidung dah tersumbat pun. Biarkan
mata memerah asalkan jangan menangis. Damia memerlukan pelindung ketika ini,
bukan insan yang meratap dengan apa yang dah terjadi.
Damia menarik
sedikit diri dari pelukan yang tenang itu. Bergenang air matanya mendengar
luahan hati si suami. Dia juga sedar akan salah silapnya. Bukan salah Syukri, kalau bukan
kerana sejarah lama itu, tak mungkin Syukri akan trauma untuk mendekatinya.
“Saya minta
maaf, Syuk. Saya tau awak trauma dengan kisah silam kita. Saya tak pernah
terasa hati sebab saya faham apa yang awak rasa. Demi Allah, sejak saya baca surat terakhir yang awak bagi, saya tak pernah lupakan awak walau sekali. Tak pernah
sekalipun saya berhenti sayangkan awak sejak kita bernikah.” Akhirnya tumpah
juga air mata lelaki itu. Tidak pernah dia menyangka perasaan Damia padanya
terlalu dalam.
Dia tak pernah
lupakan aku sejak dia dapat surat terakhir? Maksudnya 7 tahun yang lepas? Dan
Nurin tak pernah berhenti sayangkan aku sejak bernikah? Ya Allah, apa
sebenarnya yang ditanggung oleh Nurin selama ini?